Muka Hadapan
Di sebalik Tabir
Mukaddimah
Matlamat dan Motto
Projek Utama
Fungsi
Program yang dilaksanakan
Golongan yang dibela
Kegiatan Amal
Wisma Anak-Anak Kesayanganku
Lain-lain Keperluan
Kesimpulan
Renungan
 

Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia
1-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-67331759
No.Fax : 03-67331759

ykppm1425@yahoo.com

 

Wisma Anak-anak Kesayanganku

 

Sepintas

Asrama

Makanan

Sewaan

Perbelanjaan

Pendidikan

Jadual

Sejenak

Rintihan

Aktiviti

Pendidikan Sekolah Menengah

Bagi pendidikan peringkat menengah YKPPM telah mengambil inisiatif untuk menaungi Institut Teknologi Spectral ( ITS ) yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2002. Ia telah mendapat tauliah bagi melaksanakan Sistem Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM ), dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK ), Kementerian Sumber Manusia pada 1 Mac 2001. No pentauliahan Pusat Bertauliah – PB- MLVK L00370.


Pada 17 Oktober 2003, ITS telah didaftarkan sebagai sebuah Business Entity di bawah pendaftaran perniagaan no.1442220-K, sebagai pengendali latihan Vokasional,Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia.

Jumlah pelajar di bawah 275 orang. Di mana mereka adalah terdiri 15 orang anak yatim, 197 orang anak-anak fakir miskin dan 53 orang lagi dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. ITS menetapkan yuran bulanan RM 200 sebulan bagi setiap pelajar. Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan ITS hanya mengambil sumbangan mengikut


Latihan berniaga kecil-kecilan sebagai asas untuk menuruskan perniagaan yang lebih besar di masa akan datang.

 kadar kemampuan keluarga pelajar. Setiap bulan hanya 20 % sahaja yang mampu menjelaskan yuran manakala 80 % dari mereka tidak membayar yuran atau memberi sumbangan mengikut kadar kemampuan.

Di antara bidang kemahiran yang ditawarkan kepada mereka adalah :
1. Kimpalan Besi
2. Silk Screen dan printing
3. Jahitan
4. Bakeri
5. Komputer
6. Kesenian dan kebudayaan Islam
7. Penulisan
8. Perubatan
9. Makanan (Katering )
10. Pelancungan dan tiketing
11. Perhotelan

Para pelajar ITS sedang mengikuti kelas kemahiran
mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

   

Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan