Program

Program Jangkamasa Pendek


  • Membina fasarana pusat permulihan bagi bekas-bekas penagih dadah, keluarga dan anak-anak mereka di Ikhwan Heights Kuala Ketil. Tanah seluas 6.7 hektar sedang dalam pembinaan awal. Ianya di bina oleh remaja-remaja tersebut dengan bantuan penjaga mereka.

  • Menambah rumah-rumah bagi menampung remaja perempuan yang terlibat dengan gejala sosial. Dana juga membantu menyiapkan kemudahan-kemudahan asas bagi rumah–rumah tersebut.

  • Menyediakan pusat-pusat jagaan anak-anak keluarga yang terlibat dengan dadah.

  • Menyediakan sebuah rumah untuk warga emas di Seremban.

  • Menganjurkan program ziarah bersama individu, berkumpulan atau syarikat ke rumah-rumah amal, rumah orang tua-tua dan sekolah kurang upaya untuk memberi sumbangan dan membantu hal-hal yang berkaitan.

  • Membuat hubungan dua hala dengan syarikat-syarikat perniagaan yang komersial untuk menaja atau menyumbang secara berterusan kepada YKPPM bagi tujuan mengumpul dana.

  • Menyediakan unit kaunseling untuk memberi khidmat kaunseling kepada para pesakit secara individu dan berkumpulan.

 

Program Jangkamasa Panjang


  • Membina dan mendirikan sebuah yayasan untuk pelbagai fungsi

  • Membina pusat-pusat permulihan bagi remaja ketagihan dadah dan rokok bagi setiap negeri.

  • Membuka dan menambah pusat jagaan bagi remaja gejala sosial di setiap negeri.