Golongan Yang Dibela

Remaja Yang Terlibat Dengan Gejala Sosial
Remaja perempuan yang terlibat dengan pergaulan bebas.

Remaja Lelaki
Mereka yang tidak dapat perhatian dan bantuan seperti bekas penagih dadah, banduan dan lain-lain.

Warga Emas
Golongan warga emas yang tidak memiliki sumber pendapatan atau bantuan dari mana-mana sumber.

Anak-anak Yatim
Anak-anak kematian ayah yang belum baligh usia dan tidak mempunyai bantuan kewangan dari mana-mana sumber

Orang Fakir dan Miskin
Orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau pendapatan dibawah keperluan atau yang mempunyai banyak tanggungan.

Golongan Istimewa
Orang yang istimewa tidak terhad usianya yang tidak memepunyai bantuan kewangan dari mana-mana sumber.

Janda dan Ibu Tunggal
Yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau pendapatan dibawah keperluan atau yang mempunyai banyak tanggungan.

Pelajar Dalam Bidang Perkhidmatan Perubatan
Pelajar-pelajar yang tidak mampu membiayai kos pembelajaran

Golongan Yang Teraniaya Seperti Mangsa Dera, Rogol, Keganasan Rumahtangga Dan Lain-lain
Mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau bantuan dari mana-mana sumber.

Orang yang Bermusafir
Orang yang bermusafir untuk kebaikan dan tidak mendapat bantuan dari mana-mana sumber.

Pendakwah yang membela Agama Allah
Orang yang membuat kerja-kerja kebaikan membela agama dan tidak mempunyai sumber yang tetap dan mencukupi.