Fungsi

Mengenal pasti golongan yang perlu pembelaan di dalam masyarakat melalui hubungan secara individu atau badan-badan kebajikan yang sedia ada iaitu : golongan fakir, miskin, anak-anak yatim, (anak-anak kematian ayah pada usia belum baligh) yang memerlukan pembelaan, orang kurang upaya, janda, ibu tunggal, pelajar dalam bidang perubatan yang tidak berkemampuan, warga emas, orang bermusafir dan para pendakwah yang membela agama Allah. Sebarang permasalahan dan kesusahan mereka dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kebajikan akan ditangani oleh YKPPM.

Mengumpul sebanyak mungkin sumbangan samada dalam bentuk barangan, wang atau perkhidmatan dari masyarakat untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan, dimanfaatkan atau dilaburkan untuk mengisi keperluan jangkamasa panjang

Mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan di tengah masyarakat agar peranan sebagai penghubung antara yang mahu membantu dan yang perlu dibantu benar-benar dimaksimumkan.