Muka Hadapan
Di sebalik Tabir
Mukaddimah
Matlamat dan Motto
Projek Utama
Fungsi
Program yang dilaksanakan
Golongan yang dibela
Kegiatan Amal
Wisma Anak-Anak Kesayanganku
Lain-lain Keperluan
Kesimpulan
Renungan

 

Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia
1-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-67331759
No.Fax : 03-67331759

ykppm1425@yahoo.com

 

Renungan

Anehnya Sejarah

Miskin Dan Kaya Ada Hikmahnya

Anehnya Sejarah
 

Aneh sekali sejarah paparkan kepada kita
Banyak tokoh-tokoh Islam dari kalangan yang menderita
Banyak di kalangan fakir miskin menjadi tokoh
Tidak kurang dari golongan yatim piatu pula

Rasulullah namanya terkenal anak yatim piatu
Miskin pula, musuhnya banyak merata-rata
Berpindah randah mencari perlindungan
Tapi kejayaan membawa kebenaran tiada taranya

Sayidina Ali orangnya miskin sejak kecilnya
Wajahnya pula tidaklah cantik
Tapi ilmunya banyak, waraknya luar biasa
Jihadnya tiada tandingan
Jasanya kepada Islam sangat banyaknya

Imam Syafi’i yang terkenal namanya
Imam mujtahid yang tiada tandingannya
Ilmu banyak jadi warisan kita
Waraknya ketara di masa hidupnya

Tapi dia siapa?
Dia kan anak yatim, ibunya miskin pula
Hidupnya berpindah randah merata-rata
Di situlah kejayaannya membawa ilmu dan taqwa

Lihatlah Imam Ghazali Mujaddid kelima
Ahli sufi, feqah dan falsafah
Ilmunya dimanfaatkan hingga kini
Dia seorang yang miskin,
ayahnya mati sebelum dewasanya

 

Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan