Muka Hadapan
Di sebalik Tabir
Mukaddimah
Matlamat dan Motto
Projek Utama
Fungsi
Program yang dilaksanakan
Golongan yang dibela
Kegiatan Amal
Wisma Anak-Anak Kesayanganku
Lain-lain Keperluan
Kesimpulan
Renungan
 

 

Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia
1-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-67331759
No.Fax : 03-67331759

 

info@ykppm.org

 

Mukaddimah

Musibah seperti kesusahan, penderitaan, kemiskinan, kemelaratan, kebakaran, banjir, gempa bumi, kematian dan lain-lain, tiada siapa inginkan ianya berlaku. Namun hal ini tetap akan terjadi kerana ia merupakan kehendak Allah SWT yang bermaksud untuk menguji hamba-hambaNya.

Justeru itu, institusi kebajikan dan perubatan menjadi antara sendi utama dalam menyelesaikan segala keperluan dan masalah dalam kehidupan masyarakat. Kewujudannya akan melahirkan satu bentuk masyarakat yang aman damai dan saling berkasih sayang. Keamanan dan kesejahteraan merata hinggakan tidak ada seorangpun yang merasakan hidupnya tertekan.
 
  Jika institusi ini tidak berperanan, maka bagi orang yang lemah pergantungan hatinya kepada Allah, dia rasa amat terseksa, keluh kesah dan menderita dengan kesusahan hidup.Apabila keadaan mendesak, tidak mustahil dia mengambil jalan keluar yang salah.Lalu berlakulah masalah-masalah sosial di dalam masyarakat seperti rompak, curi, tipu, rogol, zina, melacur, rasuah, amuk, dera, bunuh dan lain-lain.Akhirnya ketenteraman dan keamanan di dalam masyarakat tergugat.

Jadi, penting bagi setiap individu dan pihak-pihak tertentu meyelamatkan keadaan ini dari berterusan. Golongan kaya perlu berperanan penting di tengah masyarakat dengan menyelesaikan tuntutan keperluan hidup manusia yang asasi. Merekalah agen pembangunan bagi masyarakat yang aman damai dan harmoni Berfungsi sebagai ‘ bank kepada masyarakat ’.Mereka mampu menyelesaikan masalah orang-orang miskin.

  Bukan sekadar sanggup mengorbankan yang wajib sahaja. Sama ada yang wajib yang ditetapkan mahupun yang aradhi tapi digalakkan bersedekah, menderma, memberi hadiah, mewakafkan harta, seperti tanah, bangunan, kebun, bahan-bahan bacaan, kenderaan dan lain-lain. Agar cepat masyarakat Islam. Yang sedang maju akan bertambah maju, yang kurang akan jadi maju, yang kurang cukup akan dicukupkan, yang lemah dapat dikuatkan. Yang tidak sempurna dapat disempurnakan, yang tidak sudah dapat disudahkan, yang terbiar dapat dibela, yang tidak mampu dapat hidup sama dengan orang yang mampu. Fakir miskin tidak sengsara, anak-anak yatim terbela, janda-janda dapat dijaga.

Oleh kerana dari sifat-sifat pemurah terutama daripada orang-orang kaya dan berada, masyarakat Islam terbela. Masyarakat Islam cepat maju, kasih sayang terjalin. Hubungan dengan yang kaya dan miskin rapat. Tidak ada orang yang terbiar. Perpaduan wujud. Kerjasama ada. Jurang sudah tidak ada. Sudah tentu jenayah kurang. Semua orang hidup dalam aman bahagia dan murni serta harmoni. Kesan daripada pemurah orang-orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka dengan sebab itulah sifat pemurah sangat dikasihi oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Dikasihi oleh semua orang. Banyak masalah masyarakat selesai. Inilah masyarakat yang diidam-idamkan oleh semua manusia. Segala usaha perlu dilakukan dari sekarang agar cita-cita ini segera menjadi kenyataan. Kerana betapa selama ini dunia telah kronik dengan masalah sosial yang menggugat keharmonian hidup manusia. Iaitu perihal kebajikan dan perubatan.

Sesungguhnya atas rasa tanggungjawab bersama ke arah melahirkan masyarakat inilah, kami menyeru kepada anda untuk bersama-sama kami menubuhkan Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia ( YKPPM ).
 

Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan